Alhamdulillah! Pelajar, petugas sekolah Afwa al Afiyah selamat, bantuan makanan, air bersih & selimut diteruskan
Alhamdulillah! Pelajar, petugas sekolah Afwa al Afiyah selamat, bantuan makanan, air bersih & selimut diteruskan
ALHAMDULILLAH! Kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan mereka telah selamat sampai di selatan negara itu.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur buat masa ini hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi yayasan itu masih dapat terus diberikan walaupun dalam keadaan yang sangat meruncing memandangkan wakil yang juga kenalannya, Dr Mohanad masih selamat dan mampu mengendalikan sumbangan tersebut.
Siti Nurhaliza berkata tumpuan beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini bagi memberi bantuan keperluan asas termasuk makanan, air bersih dan selimut untuk penduduk di sana menerusi yayasan berkenaan.
"Sekolah itu mempunyai lebih 100 pelajar sekolah berumur seawal usia lima hingga lapan tahun dengan lebih 10 petugas yang masih meneruskan tugas mereka yang kini tertumpu kepada kerja amal untuk penduduk yang berada di selatan Gaza," katanya pada sesi perkongsian program Bizjihad anjuran Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam semalam.
Baca juga Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menceritakan, Dr Mohanad ada memaklumkan sebelum mereka bertolak ke selatan Gaza, keadaan sekolah Afwa Al Afiyah itu masih selamat daripada bedilan bom atau serangan tentera Zionis Israel.
Katanya setiap hari Dr Mohanad akan berulang alik dari tempat tinggal mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan liputan internet bagi berkongsi status mereka di sana untuk memastikan beliau dan suami tidak risau akan keadaan mereka.
"Sepanjang dua tahun sekolah ini beroperasi, ia melindungi kebanyakannya anak-anak yatim piatu. Namun syukur, walaupun Yayasan Nurjiwa tidak sebesar berbanding badan pertubuhan amal yang lain, kita dapat berikan bantuan terus kepada anak-anak di sana," katanya sambil menahan sebak.
Jumlah korban akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober sudah melepasi angka 11,540 termasuk lebih 8,000 wanita dan kanak-kanak manakala 28,200 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.
Siti Nurhaliza berkata selain bantuan untuk rakyat Palestin, Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan sejak 2006 itu turut membantu mangsa banjir, golongan asnaf dan bantuan persekolahan dan perubatan untuk golongan kurang berkemampuan di Malaysia.
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang