Ali XPDC masih trauma apabila melihat api     

A
A
A

PENYANYI utama kumpulan XPDC, Ali, 53, bersyukur kerana semakin sihat selepas terlibat dengan insiden kebakaran yang menyebabkan 30 peratus anggota badannya melecur, tahun lalu.

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, biarpun sudah pulih 80 peratus daripada tragedi menakutkan itu, dia masih trauma apabila melihat api dan terkenang momen sama yang melandanya ketika membakar sampah dua hari selepas perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

“Dalam kejadian itu, saya alami kebakaran kulit kaki, tangan dan muka serta menyebabkan saya kehilangan kening dan bulu mata.

“Bila lihat api ada rasa trauma. Pernah juga saya menonton filem yang memaparkan aksi letupan, saya mesti terus teringatkan insiden itu.

“Saya masih ingat bagaimana api itu menyambar saya dari bawah dan menyebabkan saya semakin berhati-hati.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan lebih memahami fungsi bulu mata. Walau sedikit, tetapi besar fungsinya terutamanya dapat menahan air daripada terus masuk ke mata,” ujarnya ketika ditemui di program Jom Sihat Bersama House of Oxygen di Ezy Badminton Court, Semenyih baru-baru ini.

Ali bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas House of Oxygen, Azri Hamzah.

Dalam kejadian pada 20 Mac tahun lalu, Ali disambar api ketika sedang membakar sampah menggunakan petrol di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Tambah Ali, dia juga masih mengalami masalah pernafasan dan ada ketikanya bergantung kepada mesin oksigen.

“Pada awalnya kerap juga ke klinik untuk ambil oksigen dan setiap kali ke klinik menelan belanja RM80 ke RM100. Kemudian kawan yang cadangkan saya untuk membeli mesin oksigen.

“Walaupun harganya boleh tahan, namun saya fikir jika saya terpaksa mendapatkan rawatan sama lebih 10 kali, kosnya akan sama.

“Jadi saya beli juga satu dan gunakan sehingga sekarang. Kalau dulu saya gunakan lebih kerap dalam seminggu, tetapi kini jika terlalu aktif dan rasa dada ketat baru saya gunakan,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca