Aliff didakwa dua pertuduhan dan bakal dipenjara

Alif didakwa dengan dua pertuduhan dan bakal dipenjara
Alif didakwa dengan dua pertuduhan dan bakal dipenjara
A
A
A

PELAKON dan penyanyi penuh kontroversi Singapura, Aliff Aziz baru-baru ini dilaporkan mengakui bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas tuduhan mencuri dan berkelakuan agresif di tempat awam.

Memetik laporan News Straits Times, Aliff didakwa telah mencuri sejumlah wang sebanyak S$300 (RM950.00) dan 1 juta rupiah (RM285.00) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Ahli politik yang dimaksudkan adalah Raja Yunika Putri yang mana menurut laporan Tribunnews.com wang tersebut juga telah dikembalikan dan Aliff mendakwa dia memerlukan wang tersebut untuk keperluan keluarganya.

Walaupun dia telah mengembalikan wang Raja Yunika Putri, hukuman dan tindakan undang-undang tetap diambil memandangkan kes siasatan juga telah dibuka.

Aliff yang juga merupakan suami kepada Bella Astillah sebelum ini menjadi perbualan hangat warganet dengan beberapa kes melibatkan reputasinya sebagai pelakon termasuk aksi bertumbuk di tempat awam.

Dia juga berhadapan pertuduhan kedua yang mana dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menjerit dan paling memeranjatkan dia bertindak sedemikian sambil menunjukkan kemaluan.

Tuduhan pertama Aliff berdepan dengan penjara mandatori. Bagi pertuduhan kedua pula, dia disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi SGD 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua sekali jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kedua, Aliff diwakilkan peguamnya untuk membela diri dan peguamnya mendakwa tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku akibat perbuatan pelakon itu.

Bagaimanapun, perkara ini juga perlu merujuk kepada laporan perubatan Aliff yang melaporkan pelakon itu mengalami masalah psikiatri ketika kejadian berlaku.

Susulan daripada keputusan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Aliff, peguam bela pelakon itu merayu agar hukuman lebih ringan dipertimbangkan.

Dia merayu agar hukuman penjara selama satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama memandangkan wang berkenaan telah dipulangkan.

Susulan kejadian tersebut, Aliff kemudian dirujuk ke Institusi Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Keputusan ujian kesihatan bakal menentukan sama ada dia boleh diletakkan di bawah Arahan Rawatan Mandatori (MTO) atau sebaliknya.

Mahkamah telah menetapkan Aliff menerima hukuman penjara tersebut bermula 14 September 2020 ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca