ALLAH aturkan semunya – Yusuf terbuka hati kahwin selepas bertemu Zizi

ZIZI KIRANA & YUSUF BAHRIN
ZIZI KIRANA & YUSUF BAHRIN
A
A
A

PELAKON Yusuf Bahrin bersyukur bertemu jodoh dengan penyanyi Zizi Kirana, sekali gus membuka pintu hatinya untuk berumah tangga.

Menurut Yusuf, 29, dia pada awalnya meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 35 tahun kerana mahu mempersiapkan dirinya agar lebih stabil dari segi kewangan sebelum mencari calon isteri.

“Sebenarnya perancangan asal saya berkahwin pada usia 35 tahun kerana saya fikir pada usia itu kehidupan sudah stabil dengan memiliki rumah sendiri, perniagaan dan sebagainya.

“Bagaimanapun kita hanya merancang dan Allah SWT yang mengaturkan semuanya. Dia gerakkan hati saya untuk berumah tangga dan berikan saya rezeki berkahwin selepas bertemu Zizi,” ujarnya kepada SinarPlus.

Dalam pada itu, bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu mengakui tidak pernah melihat faktor umur sebagai penghalang dalam perhubungannya dengan Zizi. Malah Yusuf menganggap perbezaan usia tujuh tahun itulah yang membuatkan mereka saling melengkapi.

“Saya tidak rasa umur menjadi penghalang dan tidak kisah tentang soal itu. Lagipun perwatakan Zizi jauh lebih muda daripada saya sehinggakan saya pula yang nampak lebih matang daripadanya. Agaknya itulah yang dikatakan jodoh.

“Bagi saya umur tidak penting, tetapi yang menjadi keutamaan ialah hati yang ikhlas dan serius untuk berkahwin,” akuinya.

Senada dengan Yusuf, Zizi berkata, sikap suaminya yang matang itu membuatkan dia merasa selesa bersamanya.

“Walaupun usianya lebih muda, saya tidak rasa janggal bersama Yusuf kerana dia seorang yang matang dan karakternya macam orang tua dan tak ubah seperti bapa-bapa. Jadi memang tidak ada masalah tentang itu,” akuinya.

Berkongsi tentang kerjaya seni mereka selepas ini, Zizi dan Yusuf menjelaskan, status mereka itu tidak menghalang untuk terus aktif dalam bidang seni seperti biasa.

“Insya-ALLAH semuanya akan diteruskan seperti biasa dan kami tidak bercadang untuk memperlahankan aktiviti seni disebabkan status perkahwinan ini.

“Apa yang penting, sama-sama tahu menjaga batas pergaulan dan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga,” katanya.

Zizi dan Yusuf selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Sementara majlis resepsi pula dijangka akan diadakan di Sabah untuk sebelah keluarga Zizi, diikuti keluarga Yusuf di Melaka pada Disember depan.

(FOTO: Instagram @bynanaazmanstudio)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca