PELAKON Noorkhiriah mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat terjatuh daripada motosikal ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid pada Isnin.

Pelakon tersebut dikatakan menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan salah satu babak dalam drama tersebut, namun hilang kawalan apabila ia bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

“Alhamdulilah saya okey. Cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja, tak patah cuma tisu koyak,” katanya yang turut berkongsi petikan video insiden berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun dalam perkongsian sama, Noorkhiriah berkata, apa berlaku itu berpunca daripada dirinya sendiri dan memohon orang ramai tidak menyalahkan pihak produksi.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan saya sendiri, bukan produksi. Jangan salahkan mereka kerana mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

“ALLAH dah jentik atas kedegilan saya. Apa-apapun saya tak mengeluh kerana masih punya nyawa. Itu paling penting. Sakit sikit-sikit, alhamdulilah saya terima.

“Terima kasih buat penerbit, pengarah, keluarga drama Bosskid, termasuk sahabat-sahabat yang mesej bertanya. Maaf tak sebut nama satu-satu tapi terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak itu memberitahu dia sebenarnya tahu menunggang motosikal dan pernah menjayakan babak sebegitu dalam sebuah drama lain, cuma apa yang berlaku itu sudah ditakdirkan buatnya.

“Selepas kejadian, masing-masing gesa saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kerana takut kejadian jadi lebih teruk.

Iklan

“Nak pengsan sebenarnya sebab terkejut. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Apa-apapun terima kasih pada yang mendoakan dan yang gelak dulu baru doa pun, saya okey, sebab kelakarkan.

“Apa yang nyata saya boleh bawa motor. Tak percaya tengok cerita Bedah Tong Gas, tapi bila Allah berkehendak, maka jadilah ia. Kunfayakun. Terima kasih untuk kenangan manis pada satu 1 Rejab ini,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)