BUKAN anak itu yang memerlukan saya tetapi saya yang memerlukan dia.”

Demikian ungkap penyanyi terkenal, Faizal Tahir yang cukup sebak ketika menitip kata-kata tersebut.

Beliau berkata, ucapan itu terluah di dalam hati selepas doktor memaklumkan kepada dirinya bahawa anak dalam kandungan isterinya istimewa dan dia amat memerlukan perhatian keluarga terutama bapa.

“Waktu itu hati saya (berkata situasi) terbalik, kita yang memerlukan mereka.

“Jadi ibu bapa perlu rasa perasaan itu, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman dalam sesi bual bicara bertajuk ‘Anak Syurga Luar Biasa’ program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan media Sinar Harian dan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Mohammed Hassan; Pengerusi MyCP, Dr Nurulhuda Abdul Rahman; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin serta ibu bapa penerima sumbangan daripada Bikeisable.

Tambah bapa kepada tujuh cahaya mata itu, doktor pakar pernah mencadangkan untuk mereka menggugurkan kandungan yang disifatkan bermasalah tersebut.

Baca juga:Ada sejarah keluarga hidap sindrom cri du chat, influencer ini beri pendedahan jalani ujian kesan kecacatan kromosom

Baca juga:Rawan Dweik wanita sindrom down pertama berjaya hafal 30 juzuk al-Quran

Iklan

“Beliau (doktor) bukan beragama Islam dan bertanya kepada saya adakah nak teruskan anak ini (sindrom down) atau gugurkan? Saya ingatkan tersalah dengar dan rasa tak percaya dengan pertanyaan itu.

“Macam mana beliau boleh ada pemikiran sebegini? Itulah yang terdetik di fikiran waktu itu. Alhamdulillah, ALLAH SWT kurniakan agama kepada saya dan tidak ada perkara sebegitu dalam Islam,” katanya.

Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran pada 23 Jun 2001 yang dikenali beliau sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan termasuk Maryam Tahirah, yang disahkan menghidap sindrom down.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!