AME 2021 : Gugur dua kategori, perkenal tiga yang baharu

A
A
A

BAGI terus menyemarakkan kembali industri kreatif selepas peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Astro membawakan kembali penganjuran anugerah pilihan penonton, Anugerah MeleTOP Era atau AME 2021.

Penganjuran anugerah berprestij untuk tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling menyerlah sepanjang tahun 2020 yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem serta digital.

AME 2021 kembali lebih mantap dan meriah dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ dijadualkan bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

Pengacara versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas AME 2021 selaku hos utama.

Format penganjuran asal AME yang menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan.

Bagi edisi 2021, sebanyak tiga kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP. Manakala dua kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Undian fasa pertama untuk memilih calon Top 5 boleh dihantar mulai 5 Oktober sehingga 19 November menerusi laman rasmi www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca