Amen Khalid ulangi kejayaan ayah, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali raih RM1 juta selepas enam hari

A
A
A

FILEM terakhir sentuhan Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Naskhah komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya memuji bakat Amen dalam mengarahkan filem ini.

Amen dalam satu kenyataan hari ini, meluahkan rasa syukur apabila filem arahannya iti mendapat respon baik daripada penonton.

AMEN KHALIDAmen Khalid merupakan anak sulung Allahyarham Mamat Khalid.

“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini.

“Insya ALLAH, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti dan akan terus ada buat peminat serta penggemar filem tempatan,” katanya.

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut itu membariskan pelakon hebat seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim) dan Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek).

Turut sama adalah Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).

Kali ini Kampong Pisang dilanda misteri lagi dengan kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang.

Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke-18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Bagi mengetahui kesudahannya, jangan lupa menyaksikan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali di saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca