Amran Tompel meninggal dunia

A
A
A

PELAKON dan pelawak veteran, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir jam 4.37 petang tadi di kediaman beliau di Senawang, Negeri Sembilan.

Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah sebentar tadi.

Abang kepada AR Badul dan Adlin Aman Ramlie itu meninggal dunia akibat kanser usus yang dihidapi sejak sekian lama.

Allahyarham yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, mula aktif sebagai pelakon pada tahun 1987 menerusi filem pertama Keluarga 69 dan pernah membintangi beberapa buah drama atau filem lain antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro dan Gerak Khas.

Berita lanjut menyusul…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca