GENAP seminggu menyambut kehadiran cahaya mata pertama, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat berkongsi video dan nama anak mereka.

Dilahirkan pada 21 September 2020, bayi perempuan itu dinamakan nama yang cukup indah, Ana Nayla.

Nabil atau nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad Mahir memuatnaik video sebagai memperkenalkan anak perempuannya itu. Dalam pada itu, beliau juga memohon doa buat si kecil.

Baca juga Ayda Jebat, Nabil Timang Anak Perempuan

“Bismillahirohmanirrohim. Hi Uncles & Aunties! My name is Ana Nayla. ( @ananaylaofficial )

“Daughter of Daddy Nabil & Mummy Ayda. Nice to meet you!

“Please berikan doa yang baik-baik for me, thank youu!” tulis Nabil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)


Ayda juga turut membuat hantaran menggunakan video yang sama memperkenalkan bayi sulungnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut menitipkan doa buat Ana Nayla.

“Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial

“Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nakan jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya…”, tulis Ayda.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan kesejahteraan Ana Nayla.

Iklan

Dalam pada itu, wargamaya tertarik dengan mata cantik yang dimiliki Ana Nayla yang kelihatan seakan-akan kelabu coklat.

Pasangan tersebut membuka akaun Instagram rasmi buat anak mereka. Walaupun baru sahaja berusia seminggu, Ana Nayla sudahpun memiliki hampir 50,000 pengikut di Instagram!

Iklan

Terdahulu, Ayda bersalin secara caesarean pada jam 7.07 malam, 21 September lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur susulan kedudukan bayi songsang.

Ana Nayla seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan. Kelahiran bayi comel ini dikatakan awal seminggu daripada tarikh dijadualkan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @aydajebat, @nabilmahir, @ananaylaofficial