Anak, bekas isteri Fizo Omar positif Covid-19

Untitled design (35)
Untitled design (35)
A
A
A

PELAKON, pengacara dan usahawan, Fizo Omar memberitahu anaknya, Wan Maryam dan bekas isterinya, Mawar Karim disahkan positif virus itu pada 1 Januari lalu.

Menurut Fizo, mereka berdua sedang menjalani rawatan di sebuah hospital dan dia sendiri sudah menjalani ujian saringan pada 2 Januari dan disahkan negatif.

“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif.

“Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini,” ujar Fizo menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada barisan frontliner yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan Covid-19.

Fizo juga turut berpesan agar masyarakat tidak terus alpa dan mengambil mudah dengan jangkitan virus itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua frontliners yang terlibat bertungkus-lumus untuk ‘berperang’ dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan Covid-19 dan patuhilah kepada segala SOP (Prosuder Operasi Standard) kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga anda,” katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca