PELAKON Erynne Erynna meluahkan rasa syukur apabila cahaya mata sulungnya, Medinah yang kini berusi setahun, 5 bulan,  selamat menjalani pembedahan pada Khamis.

Menurut Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah, 25, puteri tunggalnya itu mengalami masalah pada bahagian buah pinggang semenjak berumur 4 bulan.

“Selepas empat jam, selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya. Subhan’Allah. Alhamdulillah. Our deepest thanks to Doctor P. and team, and all the nurses. Indeed, we can’t thank you all enough. We are truly grateful.

“Sungguh setiap fasa peritnya berbeza tapi syukur semuanya baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Sekarang Medinah harus tempuhi proses untuk pulih pula di mana saya berdoa agar proses pemulihan Medinah cepat dan baik semuanya, insya-ALLAH,” ujar.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Congkak itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

“Terima kasih pada seluruh ahli keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan Medinah.

“Sangatlah kami hargai dan kami juga doa yang baik baik buat semua. May Allah bless and protect all of us, dunya and akhirah, Amin,” tulisnya.

Iklan

Beberapa hari lalu, Erynne memaklumkan tentang keadaan kesihatan anaknya, Medinah yang disahkan mempunyai Duplex Kidney sejak berusia empat bulan dan kerap  mengalami UTI (Urinary Tract Infection ) yang boleh merosakan buah pinggangnya.

Erynne dan suami, Afify Sazali mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

(SUMBER: Instagram Erynne Erynna)