Antara karya terakhir Ashraf Sinclair, Proksi ganding tiga aktor berkaliber

A
A
A

FILEM terbaharu, Proksi mempersembahkan gandingan mantap barisan pelakon hebat Malaysia iaitu Bront Palarae, Allahyarham Ashraf Sinclairdan Remy Ishak.

Naskhah itu dikuatkan lagi dengan kehadiran Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Susan Lankester dan adik Adrianna Qasmia yang pasti mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton.

Filem yang mengangkat genre berbeza dan jarang diketengahkan iaitu cyber thriller bakal menemui penonton bermula 18 November, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.

Bagi naratifnya pula, ia bakal membawa penonton menyelami dunia hacker atau penggodam. Proksi menumpukan isu yang sememangnya berlaku di luar sana iaitu serangan penggodam atau cyber crime melalui berita palsu.

Proksi menjadi antara naskhah terakhir lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Proksi mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront) bersama rakannya, Aman (Allahyarham Ashraf) yang telah melarikan diri ke Bangkok.

Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam platform keselamatan data yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Bukan itu sahaja, Aman turut mencuri wang CARRIE.

Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Jangan lupa saksikan filem Proksi di Astro First bermula 18 November 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca