SAMBUTAN yang hari jadi pelakon Antonio Banderas yang ke-60 yang jatuh pada 10 Ogos lalu, pastinya akan dikenang sampai bila-bila apabila bintang filem The Mask of Zorro itu disahkan positif Covid-19.

Banderas menerusi perkongsiannya di laman Twitter memaklumkan dia akur meraikan hari jadinya ke-60 dalam kuarantin.

“Saya OK saja, cuma sedikit penat berbanding selalu. Saya yakin akan pulih dalam masa terdekat berdasarkan laporan perubatan.

“Saya harap mampu melawan jangkitan yang meninggalkan kesan kepada seluruh warga planet ini. Saya akan ambil kesempatan ini untuk membaca, menulis dan berehat,” katanya tanpa memaklumkan lokasi di mana dia berada.

Pelakon kelahiran Sepanyol itu sebelum ini pernah  mengalami serangan jantung pada 2017, di kediamaannya di Britain.