TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember depan.

Penganjuran anugerah tersebut bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pengkarya yang menjadi tulang belakang industri seni tanah air terutamanya dalam penerbitan drama.

ADS turut memberi peluang peminat mengundi artis-artis dan pengkarya seni di belakang tabir seperti penerbit, pengarah dan penulis skrip pilihan mereka untuk diraikan sebagai yang terbaik.

Antara drama menarik yang disiarkan di TV3 sepanjang pandemik Covid-19 melanda, termasuklah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, ADS mempertandingkan 13 kategori. Lapan kategori terbuka untuk undian peminat, manakala selebihnya melalui penilaian juri profesional.

Iklan

Bermula 3 hingga 31 Oktober depan, peminat boleh mengundi calon pilihan mereka bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat.

Kategori-kategori yang dibuka untuk undian ialah Drama Popular, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik dan Babak Tular Drama Terbaik.

Iklan

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi @dramasangat.