ANUGERAH Telenovel ke-8 (ATN-8) bakal menobatkan pemenang dari Kategoi buku dan penerbitan drama serta telefilem.

Undian Atas Talian Top 5 telah dibuka pada 20 September lalu selepas proses penutupan undian dari fasa sebelum ini melalui laman web rasmi Anugerah Telenovela Ke-8.

Ahli Lembaga Pengarah ATN-8, Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata, anugerah berprestij ini adalah anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd, bagi menghargai pengkarya yang sudi mengadaptasikan sebuah penerbitan drama, telefilem mahupun filem daripada mana-mana buku yang telah diterbitkan oleh penerbit buku tanahair.

“Anugerah yang terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.

“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini adalah disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.

“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal,” katanya.

Tambah Rosmarayu, sistem pengundian pada kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan tiga tahun pencalonan iaitu karya terbitan 2019, 2020 dan 2021.

Iklan

Begitu juga dengan penjurian oleh juri profesional yang mana ke semua juri melihat dari pelbagai sudut sehingga berlaku perdebatan bagi menilai pandangan para juri demi memilih calon terbaik sebagai pemenang.

“Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional).

Iklan

“Kesemua adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air /FTA) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima” ujarnya.

Senarai penuh pencalonan ATN-8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela: http://www.anugerahtelenovela.com