Anzalna kongsi wajah, nama anak kedua
PELAKON Anzalna Nasir mengotakan janjinya untuk berkongsi wajah dan nama anak keduanya, yang dilahirkan 20 Mei lalu.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh suaminya, Hanif Zaki, pasangan ini sepakat memilih nama Mohamad Emirhan buat putera mereka.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” kongsi mereka.
Anzalna dan Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Mohamad Eidrees, 2 tahun.
Emirhan dilahirkan 10 hari lebih awal daripada perancangan asal. Namun pasangan itu belum berkongsi sebab Anzalna menjalani pembedahan kecemasan pada pemeriksaan akhir Jumaat minggu lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang