Ariana Grande kahwini agen hartanah dalam majlis tertutup

Untitled design - 2021-05-18T194719.898
Untitled design - 2021-05-18T194719.898
A
A
A

DALAM diam, penyanyi Ariana Grande akhirnya bergelar isteri kepada tunangnya yang juga agen hartanah, Dalton Gomez.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup pada Isnin dan hanya dihadiri kira-kira 20 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan penyanyi tersebut kepada People.com.

"Mereka sudah berkahwin. Keluarga kedua-dua belah pihak sangat gembira dengan penyatuan pasangan ini.

“Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman mewah Ariana di Montecito, California dalam suasana penuh intim,” ujar sumber terbabit.

Penyanyi lagu Positions itu mengumumkan pertunangannya pada Disember lalu dengan berkongsikan cincin tunang di laman Instagramnya.

Ariana dan Dalton, 26, mula menjalinkan hubungan pada Januari tahun lalu dan tinggal bersama sepanjang tempoh lockdown disebabkan penularan pandemik Covid-19 di negara Uncle Sam itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca