Artis terkenal jaya Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia
TIDAK ada yang lebih indah daripada menghargai dan memberi apresiasi terhadap muzik yang terlebih dahulu membuat pendengar terhibur dan seterusnya menjadi genre yang diminati sehingga kini.
Salah satu genre muzik yang cukup berpengaruh dalam kalangan masyarakat adalah irama keroncong.
Menyifatkan keroncong mempunyai keunikan tersendiri, pihak Irama Studios menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycreative Ventures.
Menurut pengasas Irama Studios, Mahzan Manan, persembahan konsert itu nanti akan diiringi pemuzik daripada Orkestra Keroncong Irama Perindu.
“Pertamanya kami mahu irama keroncong terus bersemarak dan perkasa dalam era ini kerana genre ini juga mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
“Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia juga bukan dikhususkan buat peminat tegar, tetapi kami mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk mengenali dan menikmati irama keroncong,” ujarnya.
Mahzan berharap konsert itu nanti akan membuka mata dan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu lama.
Antara yang terlibat adalah penyanyi yang tidak asing dengan irama keroncong iaitu Datuk Yusni Hamid bersama Datuk Khadijah Ibrahim Datuk Awie dan Datin Alyah.
Turut serta adalah penyanyi generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan Han Byul.
Mengulas pemilihan Han Byul yang merupakan Juara Big Stage 2019, Mahzan berkata penyanyi itu akan memberi kelainan kepada konsert ini.
“Mungkin peminat sudah biasa mendengar Datuk Yusni Hamid melantunkan irama Keroncong begitu juga dengan Datuk Khadijah Ibrahim yang punya vokal merdu saat menyanyikan lagu-lagu evergreen.
[caption id="attachment_117203" align="aligncenter" width="601"]Han Byul akan turut terlibat dalam konsert itu nanti.[/caption]
“Tapi untuk Han Byul sendiri ini adalah satu pengalaman baru untuknya dan saya pasti ini juga adalah satu kelainan. Begitu juga dengan Datuk Awie yang jarang menyanyikan genre ini. Jadi bayangkan bagaimana Awie menyanyi Keroncong?" ujarnya.
Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia akan diadakandi Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos 2023. Tiket-tiket konsert boleh dibeli mulai 12 Jun 2023 menerusi www.ilassoticket.com.my .
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang