BARU-BARU ini panas di media sosial setelah tular sebuah video melibatkan seorang usahawan bertindak menyusukan anak di tempat awam secara terbuka.

Video tersebut menjadi kecaman ramai yang mempertikai di manakah adab seorang wanita apabila memperlakukan sedemikian.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Turut terpanggil membuat teguran terbuka penyanyi, Liza Hanim.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya, ibu kepada lima anak itu menyuarakan pendapat tersendiri tentang isu tersebut.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini, ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badan).

“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.

“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar,” coretnya.

Baca juga Tahniah! Ernie Zakri juga selamat bersalin tarikh 22022022

Ujar penyanyi lagu Andai Aku Bersuara itu, sebagai wanita Islam, kita harus menjaga adab.

Iklan

“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.

“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” luah Liza Hanim.

Pendapat Liza turut mendapat persetujuan ramai. Ujar mereka;

Iklan

“Sedih kan… dan dah memang tak boleh nak tegur. Kita tegur dia salahkan kita umpama sibuk ngan hal dia. Apa pun peringatan untuk diriku jua.”

“Tegur bukan sebab kita sempurna tapi sebab kita umat Islam, wanita Islam. Sebab kita sayang agama kita Islam.”

Baca juga Datuk Jamal timang anak kelima pada usia 63 tahun, tercapai pilih tarikh cantik

“Sememangnya apa yang dikatakan oleh @lizahanim79 adalah benar.”

“Adab itu datangnya dari dalam rumah. Bagaimana yang sepatutnya perkara di dalam bilik tidak didedahkan.”

“Nak marketing pon agak-agaklah, sampai maruah seorang wanita dan ibu yang beragama Islam tercemar.”

Sementara itu, usahawan kosmetik, Liana Rosli atau Kak KM menjelaskan, dia menyusukan anak ketika itu bukan di khalayak ramai. Malah menerusi video tersebut tegasnya, tidak memperlihatkan bahagian yang tidak sepatutnya.