Aryan Khan dan tujuh rakan dihadapkan ke mahkamah

Untitled design (59)
Untitled design (59)
A
A
A

BERITA penahanan anak superstar Bollywood popular Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan menjadi antara berita paling hangat di India pada ketika ini.

Setakat 12 tengah hari (waktu tempatan) Isnin, Biro Kawalan Narkotik (NCB) memaklumkan soal siasat terhadap Aryan Khan; rakannya Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamecha telah selesai.

Mereka bertiga bersama lima tertuduh yang lain iaitu Nupur Satija, Ishmeet Singh Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar telah dihadapkan ke mahkamah majistret di Mumbai.

Peguam Aryan Khan, Satish Maneshinde memberitahu mahkamah, anak guamnnya diundang ke pesta pelayaran itu.

“Bagaimanapun dia tidak memiliki pas masuk,  dia tidak mempunyai tempat duduk atau kabin di sana.

“Kedua, ketika proses tangkapan di buat, tidak ada dadah dijumpai ditangannya. Dia ditangkap kerana berada di situ” katanya yang akan memohon jaminan terhadap Aryan.

Aryan sebelum itu ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ketika berparti dalam sebuah kapal persiaan Cordelia, yang menuju ke Goa dari Mumbai pada malam Ahad.

Ketika serbuan dilakukan, NCB menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD) dan wang tunai Rs 1.33 lakh (RM7,467).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca