'Aslam bukan boleh berpoligami, dia tak mampu...' Abby Abadi jawab perihal 'menantu', warganet doakan baik-baik
BARU-baru ini tular berita anaknya, Marissa Dania didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihan dikenali sebagai Aslam. Menerusi laman sosial Datuk Alif Syukri, Abby Abadi menjawab persoalan yang diajukan usahawan itu.
Ditanya sama ada akan menerima kehadiran 'menantu' itu jika lelaki itu datang dengan cara yang baik, Abby berterus-terang menjelaskan lelaki itu tidak sesuai berpoligami.
"Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami.
"Saya tidak nampak (dia boleh) sebab dia tidak berkemampuan," ujar Abby.
Menyentuh tentang perkahwinan anak keduanya itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan mengakui ia berlaku di luar pengetahuan keluarga. Malah hubungan Marissa dengan Aslam juga tidak diketahui mereka.
"Keluarga yang lain tidak tahu menahu pun dia berhubung dengan lelaki yang sekarang ini.
"Anak dengan saya Lillahi taala, sejak dari kecil lagi," kongsi Abby.
Selepas apa yang terjadi, Abby menzahirkan kegusaran melihat perubahan anaknya. Ujar pelakon berusia 46 tahun itu, seperti ada sesuatu yang tidak kena .
"Anak saya tidak macam yang sekarang. Saya rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya berpusing 360 darjah. Macam bukan dia.
"Memang di luar jangkaan saya dan papanya kerana kami sudah sehabis baik menjaga anak itu," ujar Abby.
Baca juga: Anak Norman-Abby lahir dalam kereta kini dah genap 15 tahun
Baca juga: Pengsan ketika dialisis, ibu Abby Abadi meninggal dunia
Simpati dengan hal yang menimpa Abby, warga maya menitipkan doa agar pelakon itu terus kuat.
- "Ujian setiap orang berbeza. ALLAH mengangkat darjat seorang ibu. Semoga mereka tabah dengan ujian ini,"
- "Abby dan keluarga sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang dengan sebaiknya. Kita doakan yang baik-baik."
- "Bukan mudah untuk melalui, kita yang tidak berada di tempat mereka doakanlah yang baik-baik."
- "Semoga dipermudahkan segala urusan Abby sekeluarga."
Biarpun dilanda kontroversi, Marissa, 19, dilihat hadir menyertai keluarga dalam satu acara di sebuah hotel baru-baru ini.
Dakwaan berkahwin dengan Aslam terdahulu didedahkan oleh kakak ipar kepada lelaki itu menerusi hantaran di Instastory.
Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama mahupun keluarga.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang