‘Astro 25 Concert’ tampil gandingan artis tempatan dan antarabangsa

Untitled design (37)
Untitled design (37)
A
A
A

BAGI menghargai pelanggan setia, Astro membawakan secara langsung Astro 25 Concert yang dibarisi ramai artis tempatan dan antarabangsa termasuklah dari Korea Selatan pada 25 September ini, bermula jam 8.30 malam di saluran 100 dan platform Astro GO.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata, konsert itu adalah sebahagian daripada usaha Astro meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun perkhidmatan mereka.

“Kami teruja membawakan Astro 25 Concert, yang akan menyaksikan persembahan hebat daripada artis-artis naungan Astro dan bergandingan dengan ramai nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa.

“Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama.

“Konsert ini istimewa buat semua pelanggan dan bakat-bakat tempatan khususnya yang selama ini setia menyokong Astro dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi tatkala kami berusaha melebarkan sayap menjangkaui TV dan radio,” katanya.

Dihoskan oleh artis popular tanah air, Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold serta Aishah Sinclair, konsert berdurasi tiga jam itu akan menampilkan persembahan daripada bintang Running Man iaitu Kim Jong-kook; Jason Mraz, Pink Sweat$, Bazzi dan Jamie Miller.

Turut serta ialah penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain.

Diikuti Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal.

Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, Once Mekel (bekas vokalis Dewa 19) dan penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah juga akan turut serta memeriahkan konsert itu nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca