Astro Radio memperluas inisiatif ‘Kamicare Helpline’ 

Untitled design (5)
Untitled design (5)
A
A
A

SIMPATI dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi pandemik ini, Astro Radio dengan kerjasama Lotus’s Malaysia memperluaskan KamiCare Helpline untuk menyediakan keperluan harian kepada yang memerlukan.

Kempen yang bermula dari sekarang hingga 8 Ogos depan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyumbang barang keperluan seperti beras, minyak masak, susu tepung, makanan kering, makanan dalam tin, minuman, biskut, lampin pakai buang dan pelbagai lagi menerusi inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia.

Anda hanya perlu membeli barangan keperluan harian dari mana-mana pasar raya Lotus’s Malaysia di seluruh negara dan boleh disumbangkan di Charity Food Bins, yang disediakan di semua cawangan Lotus’s Malaysia.

Sumbangan ini akan diedarkan oleh Lotus’s Malaysia, Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Lost Food Project kepada keluarga yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong berkata, pihaknya menerima sambutan luar biasa melalui fasa pertama KamiCare Helpline sebelum ini.

"Kempen kali ini diperluaskan untuk menerima sumbangan dari semua rakyat Malaysia. Melalui inisiatif KamiCare Kita Jaga Kita bersama Lotus’s Malaysia, kami berharap dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan," ujarnya.

Sebagai alternatif, rakyat Malaysia juga boleh memilih untuk menyumbang melalui dua pilihan ‘Kotak Prihatin’, iaitu kotak yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, tepung, gula, garam, minyak masak, makanan dalam tin, mi segera, biskut, topeng muka pakai buang dan lebih lagi.

Rakyat Malaysia boleh memilih untuk menyumbangkan kotak yang mengandungi 12 barangan keperluan pada harga RM50, atau kotak yang mengandungi 22 barangan keperluan pada harga RM100.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi jenama-jenama Astro Radio iaitu Hitz, Mix, Lite, Era, Sinar, Gegar, Zayan, My, Melody, Goxuan, dan Raaga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca