BERLANGSUNG meriah, perkahwinan penyanyi dan pelakon Nabila Razali dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani menjadi tumpuan para peminat seni tanah air. Rupanya perkahwinan merpati dua sejoli itu adalah hasil pertemuan pertama telah diatur rakan baik, usahawan Asyraf Khalid.

Suami kepada Tya Ariffin berkata hubungan pasangan itu bermula menjadi jemputan majlis sambutan hari lahir yang dianjurkannya.

“Saya menjadi tuan rumah untuk majlis hari jadi dan memberitahu ingin memperkenalkan mereka berdua antara satu sama lain.

“Nik Iruwan datang pada masa yang tepat dan kelihatan sangat segak namun dalam jam 9.30 malam, Nabila masih tidak munculkan diri.

“Jadi, saya menghantar gambar kami kepada Nabila memberitahu kami sedang menantinya. Nabila merasa sangat malu, tetapi sepupu saya rapat dengan Nabila dan meyakinkannya untuk hadir ke majlis tersebut,” katanya.

Baca juga: Sweetnya Nabila Razali dilamar kekasih, berikut 5 info menarik Nik Iruwan

Baca juga: Penyanyi Nabila Razali sudah dimiliki. Ahli perniagaan berusia 38 tahun jadi pilihan hati

Asyraf yang mendedahkan perkara itu dalam satu hantaran di laman sosial TikTok berkata sebelum menyatukan dua rakannya itu, dia bertanya terlebih dahulu akan status diri Nabila dan Nik Iruwan pada ketika itu ketika acara rumah terbuka tahun lalu.

Mengetahui kedua-duanya masih single dan tidak mempunyai mana-mana teman istimewa, Asyraf bertindak menjadi matchmaker.

“Saya bertanya kepada Nik Iruwan, siapa teman wanitanyaekarang? Dia jawab single dan mahu berkahwin tetapi menwanita yang betul-betul sesuai.

Baca juga: Siti Nurhaliza beli kediaman mewah di Dubai, Asyraf Khalid jadikan sumber inspirasi

“Dua hari selepas itu, secara kebetulan saya bertemu Nabila dalam majlis rumah terbuka yang lain. Saya bertanyakan tentang soalan yang sama.

Iklan

“Nabila menyatakan bahawa masih bujang dan terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik berada di dalam fikiran dan terus bercakap kepada Nabila tentangnya,” ujarnya.

Nabila dan Nik Iruwan menjalinkan hubungan cinta selama enam bulan sebelum diijab kabulkan pada Sabtu lalu.

“Tahniah Nik Iruwan dan Nabila Razali atas perkahwinan, saya doakan ALLAH akan memberikan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke jannah.

“Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan pasangan yang tepat semuanya akan lebih berbaloi,” ujarnya.

Nabila, 31, sah menjadi suri hati kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Iklan

Baru-baru ini, hubungan kedua-duanya didedahkan kepada umum selepas Nabila memuat naik gambar menerima lamaran Iruwan di Instagram.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!