BALU pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menjadi perhatian warga maya selepas berkongsi foto seolah-olah sedang berada di majlis pertunangan.

Menggayakan dress rona biru putih, wanita berusia 32 tahun itu tampil anggun dan gembira sambil memegang bunga tangan.

Sementara seorang jejaka memakai kemeja biru gelap berdiri di sebelahnya.

Lelaki berkenaan yang bersongkok dan berseluar denim hanya memperlihatkan bahagian belakang badan tanpa mendedahkan wajahnya.

Tidak berkongsi lanjut info berkaitan majlis berkenaan, Hidayah menitipkan dua emoji hati berona biru pada akaun Instagram hidayah_hamzahh.

Hantaran berkenaan menerima hampir 50,000 tanda suka dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik.

Baca juga: ‘Selamat Hari lahir suamiku, cintaku selamanya.’ Titipan sayu Hidayah buat Allahyarham Abam undang sebak

Baca juga: Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey

Baca juga: “Inilah kereta ayah” – Imbas memori, Hidayah sayu kelibat kereta Abam

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah.

Tidak hanya itu, mereka juga memberikan sokongan dan menyatakan ibu tunggal itu juga berhak untuk mengecap bahagia selepas pemergian suami.

– “Alhamdulillah, so happy for you.”

– “Alhamdullilah. Tumpang gembira untuk Dayah.”

– “. Akhirnya Dayah jumpa jodoh baru. Alhamdulillah. Tahniah.”

– “Cantik sangat Dayah. Dayah juga berhak untuk bahagia.”

Iklan

– “Alhamdulillah. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Patutlah berseri-seri.”

– “Tahniah Dayah, selepas hujan hadirnya pelangi. Alhamdulillah.”

Baca juga: Hidayah tak saman ibu mentua, peguam beri penjelasan

Baca juga: Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik

ABAM-HIDAYAH
Abam mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia pada pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Iklan

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia empat tahun.

Baca juga: Suami meninggal, ini yang WAJIB isteri tahu tentang peninggalan harta arwah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!