Ayah perlukan rawatan, Amylea terpaksa 'kibar' bendera putih

A
A
A

PENYANYI dan komposer, Amylea Azizan terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghadapi masalah jantung.

Menurut Amylea, 35, walaupun segan untuk meminta sumbangan orang ramai, namun dia tidak mempunyai pilihan lain bagi memastikan bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.

“Ayah sepatutnya menjalani prosuder Angiogram pada Mac lalu di hospital kerajaan, namun beberapa kali terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19.

“Doktor memaklumkan mereka kekurangan katil dan perlu beri keutamaan kepada pesakit Covid-19. Jadi mereka cadangkan kami untuk bawa ayah ke hospital swasta.

"Kebetulan ayah pula mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan perlu rawatan secepat mungkin.

“Ayah tiada insurans dan ketika pandemik begini saya serta adik-beradik tidak dapat keluar bekerja… ini sahaja (minta bantuan) jalan yang boleh kami fikirkan,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Ayah Amylea (gambar kanan), Azizan Zainal Abidin kini ditempatkan di IJN.

Amylea berkata, dia merasa terharu apabila ramai rakan, peminat dan jiran tetangga yang menghulurkan bantuan sehingga ayahnya dapat dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat lalu.

“Saya memang tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak. Saya harap ALLAH SWT akan lipat gandakan lagi rezeki mereka semua yang telah membantu ayah saya.

“Ayah kini hanya menunggu giliran untuk melakukan Angiogram bagi mengetahui keadaan jantungnya dan akan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Serdang pada September depan,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca