Ayda, Nabil Mahir selamat disatukan sebagai suami isteri

Ayda Jebat & Nabil Mahir
Ayda Jebat & Nabil Mahir
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, selamat begelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada petang Jumaat.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri.

Pada majlis ijabkabul itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas perminataan keluarga kedua belah pihak.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, selain hanya hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pasangan tersebut itu membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 apabila memilih untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada hari pertama tahun baharu.

Pelakon drama Rindu Awak 200% itu meluahkan rasa bersyukur apabila selamat disatukan dengan suami dan majlis dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar meskipun berada dalam norma baharu.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, saya dan Nabil memilih melangsungkan perkara yang wajib," katanya.

Mengulas tentang cahaya mata, pasangan itu tidak menolak dikurniakan rezeki dalam terdekat dan mengakui sudah bersedia menggalas tanggaung jawab dalam rumah tangga.

"Kami sudah lama mengimpikan saat ini dan bersedia menimang cahaya mata, secepat mungkin, insya-ALLAH," katanya.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mencuri tumpauan ramai apabila mengadakan majlis  pertunangan secara atas talian pada 28 Ogos lalu, selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

 

(FOTO: Instagram Ayda Jebat)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca