AZ sertai tabligh, aksi tuang air sambil nyanyi tarik perhatian

Untitled design (18)
Untitled design (18)
A
A
A

NAMA penyanyi terkenal, Anuar Zain menjadi bualan hangat selepas video yang memaparkan dia menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad tular di media sosial pada Ahad.

Video yang pada asalnya dikongsikan pemilik akaun Instagram @hazratfaiz38 menerusi Insta Story dan kemudiannya dikongsi semula @nadrosli menerusi aplikasi Tik Tok.

“Masya-ALLAH, Anuar Zain tengah belajar keluar dakwah bersama Nabil. Alhamdulillah,” tulis Nad Rosli.

Bagaimanapun antara lain yang menarik perhatian ramai adalah aksi Anuar sedang menuang air teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu hitnya, Lelaki Ini sebagai memenuhi permintaan Nabil yang sedang bersarapan pagi dengan ahli jemaah tabligh lain.

Menjengah ruangan komen dalam media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain, 51, itu selain menyifatkan hidayah Allah milik semua tanpa mengira siapa.

Alhamdulillah hidayah itu milik hamba-Nya yang mencari...

Masya-ALLAH. Berkesan dakwah Nabil untuk orang dalam industri hiburan.

Subhanallah. Seronok tengok artis kita yang berhijrah ni. Semoga mereka kekal istiqamah dan dilindungi ALLAH.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca