PENYANYI lagu Cinta Jangan Pergi, Azzam Sham selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie semalam.

Khabar gembira itu dikongsikan juara Big Stage 2020 menerusi Instagram (IG) sebentar tadi.

“Mohon doa dan kasih sayang kalian untuk permudahkan urusan kami di peringkat seterusnya,” coretnya.

Sementara itu menjengah pula ke laman IG penyanyi lagu Perasaan itu, Sheryl teruja dengan pertunangan tersebut yang dilangsungkan pada hari lahirnya.

Iklan
Iklan

“Telah mengikat tali pertunangan di hari lahirku, Alhamdulillah,” tulis Sheryl di Instagramnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan

Menjengah ruangan komen, rakan artis dan pengikutnya turut menitipkan doa dan ucapan tahniah.

Ujar mereka;

“Syukur ke hadrat Illahi. Masya- ALLAH Tabarakallah. Tahniah Azzam & Sheryl.”

“Congrats lovebirds! Alhamdulillah!”

“Ya ALLAH Alhamdulillah my brother! Soo proud of you.”

Baca juga “Mak jumpa abang di sana,” – Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

“Btw congrats Azam & Sheryl! Happy for both of you.”

“Tahniah… Semoga dipermudahkan urusan ke peringkat seterusnya.”

“Tak mimpi ke ni? Ya ALLAH, serius laa… semoga dipermudahkan urusan untuk langkah ke seterusnya.”