PELAKON Mona Allen dan Pekin Ibrahim menyambut kelahiran cahaya mata pertama yang dikatakan Bayi Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos 2022.

Berkongsi di laman sosial Instagram, Mona memaklumkan beliau selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi.

“Alhamdulilah, terima kasuh atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” titip Mona menerusi IG story.

Baca juga: Hamil enam bulan, Mona Allen bakal bergelar ibu

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Sebelum ini, Mona berkongsi tentang usaha untuk hamil (trying to conceive- TTC) menerusi saluran YouTube rasminya. Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.

Antara usaha yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Baca juga: Berani sahut cabaran, Mona Allen terbuka terima kritikan ramai

Baca juga: ‘Cukup-cukuplah isu dadah dalam industri seni…’ – Pekin Ibrahim

Iklan

Menurut Mona, usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila dirinya hamil selepas enam bulan.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Beliau hanya mengumumkan kehamilannya selepas usia kandungan berusia enam bulan.

Baca juga: Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

Iklan

Sumber: Instagram Mona Allen, Pekin Ibrahim, YouTube Mona Allen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan