Bakal bergelar ibu, Nikita Willy pilih bersalin di AS

A
A
A

SIAPA masih ingat drama 'Puteri Yang Ditukar' dan ‘Dari Safa ke Marwah'?

Pelakonnya, Nikita Willy, 27, kini bakal bergelar ibu.

Melangsungkan perkahwinan dengan Indra Priawan pada Oktober 2020, pasangan itu menetap di Amerika Syarikat (AS) dan mahu cahaya mata pertama disambut di sana.

Menerusi saluran YouTube Nikita Willy Official, Indra menjelaskan punca mereka ingin melahirkan di AS.

“Kedua, kami tahu Covid kini agak di luar kawalan. Justeru, saya mahu Nikita bersalin dengan penjagaan terbaik," kata Indra dalam video yang dimuat naik pada 26 Februari 2022.

Sambung Indra, keputusan ini telah melalui perbincangan bersama keluarga dan rakan-rakan yang pernah bersalin di AS.

Nikita-willy

Baca juga: Isteri baru lepas bersalin, ini 5 perkara penting perlu suami tahu, faham

Selepas menerima pandangan tentang kemudahan kesihatan, doktor dan hospital, mereka akhirnya memutuskan untuk menyambut bayi pertama mereka di sana.

"Banyak faedah yang saya dapati sebagai wanita hamil apabila tinggal di sini. Kalau di Jakarta, sekarang saya tidak menerima bekerja semasa hamil, hanya di apartmen.

“Di sini, saya boleh buat kerja rumah sendiri, berjalan-jalan di luar rumah dan menikmati alam semula jadi," jelas Nikita.

Sementara itu, Indra berkata kemudahan kesihatan di Amerika Syarikat boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia.

Difahamkan bayi mereka akan dilahirkan di Hospital Cedars Sinai yang menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Victoria Beckham, Beyonce dan Kim Kardashian.

Manakala doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi mereka adalah Dr Thais Alia Badi.

Doktor berkenaan turut menyambut kelahiran bilionair muda, Kylie Jenner. Moga proses kelahiran bayi sulung Nikita Willy dipermudahkan.

Baca juga: Doktor kongsi detik bayi dijangkiti Covid-19. Ingat, jangan suka-suka cium bayi!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Youtube Nikita Willy Official, Instagram @nikitawillyofficial94, Liputan 6, Tribun News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca