Banjir mula melanda, majlis Anugerah Drama Sangat ditangguhkan

DRAMA SANGAT
DRAMA SANGAT
A
A
A

KEMERIAHAN penganjuran Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) terpaksa ditangguhkan selepas banjir mula melanda World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), tempat anugerah ini berlangsung.

Media Prima dalam satu kenyataan memaklumkan, baki lima kategori yang tidak sempat diumumkan pemenangnya akan disambung dalam program Melodi pada Ahad.

“Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf di atas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021.

“Penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad jam 12 tengahari, 19 Disember 2021,” ujarnya.

ADS 2021 dianjurkan oleh TV3 bertujuan untuk memberi penghargaan kepada warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia.

Dalam pada itu, Astro AWANI melaporkan beberapa kawasan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur mula ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam yang lalu.

Antara kawasan yang ditenggelami air adalah sekitar Jalan Sultan Ismail berdekatan persimpangan Hotel Renaissance.

Di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Kinabalu, air Sungai Gombak dan Sungai Klang juga menunjukkan peningkatan dan hampir melimpah ke jalan utama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca