BANJIR yang melanda beberapa lokasi di Lembah Klang telah mendorong ramai selebriti turun padang menghulurkan bantuan berupa barang keperluan asas dan makanan.

Sejak pagi Ahad, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Lembah Klang.

Antara selebriti yang turun menghulurkan bantuan adalah Datuk Seri Siti Nuhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Faizal Tahir, Ella, Ismail Izzani, Izzue Islam, Fazreen Rafi dan ramai lagi.

Siti menerusi perkongsian di Instagramnya mengakui hilang kata-kata melihat bencana alam yang hadir tanpa diduga.

“Ya Allah, saya tak terkata. Semoga Allah permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir.

“Saya tengah mengharungi di Seksyen 18 (Shah Alam). Gemuruh sangat (melihat air tinggi),” katanya dalam hantaran beserta sebuah video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti juga sebelum itu memuat naik hantaran video ‘reels’ yang memperlihatkan dia dan suami giat menguruskan proses hantaran bantuan di gedung pasar raya besar, Mydin USJ, Petaling Jaya.

Iklan

“Menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini, kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir.

“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kita Fund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.

“Terima kasih kepada pihak pasar raya kerana telah berusaha menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan. Yayasan Nurjiwa kini giat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti di Shah Alam,” ujarnya.

Iklan

Ella

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

Izzue Islam 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)