PEJAM celik sudah hampir dua tahun seluruh negara bergelut dengan Covid-19 dan melalui pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelakon, Nabila Huda meluahkan perasaan tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak positif kepada dirinya.

Pada awalnya beliau berasa stres, idak bebas, ketakutan, kehilangan dan kekurangan. Lebih-lebih lagi apabila disahkan positif Covid-19 pada bulan lalu.

“In these 2 years adalah the toughest year untuk satu dunia.

“Tapi Abil ada pandangan yang positif dengan apa yang terjadi and Abil harap dapat membantu korang untuk bangkit semula.

“Here goes my pandemic journey tapi dia takkan berhenti after this pandemic’s over. There’s more to come!” katanya di laman Instagram.

Menurut Nabila yang lebih mesra dengan panggilan Abil, PKP  ini juga menyaksikan terlalu banyak perkara yang berubah dalam kehidupannya menjadi lebih baik.

“ Saya berubah menjadi orang yang lebih baik. Behaviour berubah, lifestyle berubah,” tulisnya.

Selain itu, ibu kepada Keisha Laila ini mempunyai masa lebih panjang dengan keluarga.

“Saya boleh meluangkan lebih masa dengan keluarga. Bonding time dengan mereka.

“Saya masak setiap hari untuk keluarga. Sarapan, makan tengah hari, makan malam dan supper.

“Mulakan hari dengan gelak ketawa. We talked, we shared a lot of stories. Borak fasal kehidupan, dunia dan isu semasa. 10 malam semua masuk bilik dan tonton movie. Hampir setiap hari.

“Saya tidak pernah ada masa sebanyak ini bersama keluarga sepanjang saya menjadi pelakon. Saya amat berterima kasih kepada waktu percuma yang ada ini. I never complain about anything.

“Kadang kala sahaja rasa macam stres sebab tidak boleh bebas tapi saya masih bersyukur dengan waktu yang ada ini.

“Kita tetap gembira dan ketawa walaupun bisnes memang tak OK. Tapi cukup makan, cukup untuk bayar,” ujarnya.

Pelakon filem Munafik dan Tombiruo: Penunggu Rimba ini turut mengakui tabiat dan kelakuannya juga berubah sepanjang PKP ini.

“Lifestyle dan behaviour berubah secara mendadak. Sudah tiada hendak panjang akal untuk melepak sehingga tengah malam.

“Saya sudah pandai kemas rumah, vakum, mop, basuh baju dan sidai kain. Bangun tidur saya terus kemas katil.

“Ini memang kelemahan Abil tau. Saya boleh memasak tetapi saya tidak buat kerja rumah. Tak pandai. Bertukang pandai. Tapi saya berubah!! Haha,” katanya.

Anak kepada legenda rock, Amy Search ini juga turut mengambil peluang membaca al-Quran dan mempelajari kitab agama.

Malah masa yang ada turut dimanfaatkan untuk memberikan bimbingan lakonan menerusi kelas dalam talian yang diberikannya secara percuma.

“Abil sudah mengaji dan belajar kitab setiap hari dengan Keisha dan kawan-kawan baik saya yang saya sendiri tidak terfikir pun sebelum ini.

“Saya sudah dapat solat dengan sempurna walaupun kadang-kadang tidak cukup lima waktu. Tapi saya masih berusaha.

“Saya ada kelas online sendiri, bengkel percuma untuk berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi pelakon yang baik,” kata Nabila yang turut memiliki laman web sendiri.

Beliau bersyukur dengan perubahan yang berlaku. Daripada keadaan yang menekan perasaan dan kehilangan, ia bertukar menjadi satu nikmat.

Iklan

“Saya tidak tahu bagaimana untuk cerita dan bagaimana boleh terfikir dan tersusun dalam kepala.

“Apa yang ingat masa itu bangun tidur saya rasa sikit fasal kerja, rindu nak kerja, fikir duit semakin kurang. Selepas itu saya cakap dengan diri untuk bersabar. Sedikit sahaja ujian ini, jangan merungut.

“Itulah kali terakhir saya fikir fasal keadaan ini. Ia juga kali terakhir saya membaca berita dan berfikir mengenai kekurangan.

“Saya terus senyum dan bersyukur. Rasa enjoy dengan masa yang saya ada untuk Keisha dan Bert hingga hari ini. Kemudian semua benda yang Abil cerita tadi datang,” luahnya.

Jelas Nabila, walaupun sedang melalui PKP, masanya padat dengan aktiviti. Rutin harian sangat sibuk diisi pelbagai agenda yang positif.

“So now walaupun saya di rumah, hidup sangat sibuk dan penuh aktiviti.

“Bangun pagi, buat aktiviti regangan badan sedikit, memasak, sarapan, mandi dan masak makan tengah hari.

“2 petang hingga 4 petang untuk bengkel. Kemudian rehat sebentar.

“Mengaji jam 5 petang hingga 7 petang, mandi, masak makan malam dan makan.

“10 malam masuk bilik dan tonton movie kemudian tidur,” kata Nabila mengenai susunan rutin hariannya sepanjang PKP ini.

Iklan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2019 Festival Filem Malaysia ke-30 ini juga bersyukur diri berubah menjadi lebih baik.

“Hidup sudah berubah semasa pandemik ini. I am better person now, Alhamdulillah,” luahnya penuh kesyukuran.

“Abil doakan korang dijauhi kesusahan. Korang jangan stres tau, sentiasa positif. Kalau rasa ada benda yang bagi negative vibe, jauhkan diri. Stop baca dan jangan tengok.

“Percayalah, Allah takkan bagi kita ujian sampai kita tidak boleh handle. Kena sentiasa bersabar OK. Saya faham saya tidak duduk dalam situasi korang,” tulisnya  Nabila.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan semua dan berharap perkongsiannya memberikan inspirasi dan semangat kepada orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: Instagram Nabila Huda