‘Banyak yang akan datang…’ – Zul Ariffin tarik diri bertanding di ABP
PELAKON terkenal, Zul Ariffin membuat pengumuman mengejutkan untuk menarik diri daripada sebarang pencalonan di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) yang dijangka berlangsung 13 November depan.
Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran menerusi akaun Instagramnya pada Sabtu.
“Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhmdulillah.
“Di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya sudah menarik diri daripada semua pencalonan di ABPBH34 serta sudah menghubungi pihak penganjur.
“Kepada semua calon lain, saya doakan yang terbaik. Dan kepada semua peminat yang saya sayangi, anda boleh berehat,” ujarnya.
Dalam hantaran berbeza di Insta Story miliknya, Zul menjelaskan, keputusan itu tidak ada kena-mengena dengan persaraan mahupun hijrah.
“Jangan risau, saya tidak bersara dari dunia lakonan atau hijrah atau apa pun.
“Buat masa sekarang saya hanya ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya juga bersedia untuk panaskan enjin (lakonan). Banyak yang akan datang,” jelasnya.
Sementara itu, pengurus Zul iaitu Afdal yang dihubungi SinarPlus memaklumkan, Zul mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerjanya yang tertangguh.
“Zul maklumkan pada saya, tahun ini dia akan fokus pada kerja-kerja yang tertangguh.
“Dia juga mahu ruang dan masa untuk kembali dengan filem dan drama yang baharu setelah lama berehat kerana Perintah Kawalan Pergerakan,” ujarnya.
Untuk rekod, Zul pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pasangan Serasi (Filem) bersama Nur Fazura pada ABP31.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang