BAPA penyampai radio Hot FM, AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia akibat Covid-19 di kediamannya, di Johor Bahru pada Sabtu.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Timbalan Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun, sekitar jam tiga pagi ketika tidur.

Menurut AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat, arwah bapanya disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.

“Kami baru dapat tahu bapa positif semalam. Jadi keluarga bawa pergi klinik semuanya okay. Petang semalam buat panggilan video pun bapa senyum gembira dan nampak sihat saja.

“Jam 3 pagi tadi dia sudah tiada. Bapa meninggal dunia dalam tidur,” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan.

Iklan

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dua anak dan tujuh cucu.

Iklan

(FOTO: INSTAGRAM AG HOT FM)