Bapa Amylea Azizan meninggal dunia

AMYLEA AZIZAN
AMYLEA AZIZAN
A
A
A

PENYANYI Amylea Azizan berkongsi berita duka baru sahaja kehilangan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang meninggal dunia hari ini.

Allahyarham Azizan sebelum ini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 30 Julai lalu dan keadaaan kesihatannya semakin merosot sejak beberapa hari ini,

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, Amylea, 35, turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat arwah bapanya.

“Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Mohon sedekahkan doa buat Azizan Zainal Abdin. Seorang suami, ayah yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Menurut Amyela lagi, pemergian bapanya itu merupakan kehilangan yang paling menyakitkan buat dirinya.

“Saya telah kehilangan ayah buat selama-lamanya. Tidak ada rasa sakit yang lebih pedih, melainkan kehilangan ayah atau ibu.

“Ayah adalah adalah kurniaan yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada saya dan saya sangat bersyukur memiliki seorang bapa yang hebat sepertinya.

“Terlalau banyak budi yang belum saya balas. Saya harap kami akan disatukan kembali di sana nanti,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Kendati itu juga meminta mereka yang mengenali arwah bapanya agar memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan Allahyarham sebelum ini.

“Ampunkan salah silap, halalkan makan minumnya. Sekiranya ada hutang-hutang yang saya tidak tahu, tolong khabarkan pada saya,” katanya.

Terdahulu sebelum ini, Amylea memohon sumbangan derma kilat daripada orang ramai bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca