Bapa Ayu Damit meninggal dunia

Ayu Damit
Ayu Damit
A
A
A

PENYANYI Ayu Damit berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Damit Osiri yang meninggal dunia di Kota Kinabalu, Sabah, sekitar jam 2 petang, Rabu.

Kongsi Ayu, 32, Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumah, pada usia 72 tahun, akibat kanser otak tahap empat yang telah merebak ke bahagian paru-paru.

“Dukacita saya maklumkan bahawa bapa saya, Damit bin Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah.

“Terima kasih pada semua yang selama ini mendoakan bapa saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini, bapa telah pergi buat selamanya,” ujarnya.

Pelantun Hanya Di Mercu itu sempat pulang ke Sabah dan berada di sisi arwah buat kali terakhir tengahari tadi.

“Semoga bapa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih atas segala jasamu yang selama ini memelihara dan menyayangiku dari kecil hingga ke saat terakhirmu.

“Saya berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti,” tulisnya yang kali terakhir bertemu arwah bapanya pada Mac lalu.

Menerusi ruangan komen, Ayu dihujani ucapan takziah dan kata-kata semangat  daripada peminat dan pengikut laman di Instagramnya agar tabah berdepan kehilangan tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca