Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia

LIYANA-BABAH
LIYANA-BABAH
A
A
A

PELAKON, penyanyi dan pengarah, Liyana Jasmay berkongsi khabar duka mengenai pemergiaan bapa tercinta, Jasmay Md Shah, 68, pada Jumaat.

Dikhabarkan Allayarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.

“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.

“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.

“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.

“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana menerusi Instagram miliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca