Bapa Muaz meninggal dunia

MUAZ
MUAZ
A
A
A

PENYAMPAI Radio Buletin FM, Muaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Mohamed Atan yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Mizan, pada Sabtu lalu.

Berita duka tersebut dikongsikan Muaz menerusi Instagram Story miliknya yang turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat arwah bapanya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Mohamed Atan telah kembali ke rahmatullah pada 28/8/2021, jam 4.50 pagi di Hospital Tuanku Mizan.

“Mohon semua sedekahkan Al Fatihah dan doakan semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan kenalan Muaz berkongsi rasa duka tersebut dan mengucapkan takziah, selain doa agar perjalanan Allayharam ke sana dipermudahkan.

Muaz sebelum ini merupakan penyampai radio Kool FM yang kini dikenali sebagai Buletin FM dan mengendalikan segmen Diskusi Harian bersama Izwan Azir Saleh, pada Isnin hingga Jumaat, jam 3 hingga 7 malam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca