Bapa  pelakon suara Upin & Ipin meninggal dunia

Puteri Asyiela Upin & Ipin
Puteri Asyiela Upin & Ipin
A
A
A

BAPA kepada pelakon suara animasi popular Upin & Ipin, Asyiela Putri iaitu Azhar Ahmad meninggal dunia  akibat komplikasi pelbagai penyakit, awal pagi Selasa.

Berita duka tersebut dikongsi menerusi laman Facebook dan Twitter  Les' Copaque Production Sdn Bhd semalam.

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada empat pagi tadi (Selasa).

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” ujarnya.

Turut berduka atas perkhabaran itu, rata-rata peminat dan pengikut setia siri tersebut menitipkan ucapan takziah dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Asyiela agar tabah berdepan kehilangan itu.

Allahyarham Azhar merupakan individu penting dan bertanggungjawab di atas kejayaan Asyiela sepanjang pembabitannya sebagai pelakon suara Upin & Ipin.

Terdahulu Asyiela menyumbangkan suaranya untuk watak Upin & Ipin lebih sedekad lalu, menggantikan pemilik suara asal, Nur Fathiah Diaz.

 

(FOTO: Facebook Les' Copaque Production &  Instagram Asyiela Azhar)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca