Bapa Sharifah Shahora meninggal dunia
PELAKON dan penerbit Sharifah Shahora berkongsi berita duka telah kehilangan bapanya, Syed Akil Syed Alwee yang meninggal dunia pada petang Sabtu.
Bagaimanapun pada perkongsian ringkas di laman Instagram dan Facebook miliknya, Shahora tidak menjelaskan tentang punca kematian dan butiran lanjut mengenainya.
“Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau telah kembali kepada-NYA, jam 4 petang tadi (Sabtu) di Shah Alam.
“Mungkin ada yang kami tak dapat bagitahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya di letakkan di tempat orang yang beriman,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan-rakan selebriti menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Shahora agar tabah menghadapi kehilangn itu.
(FOTO: INSTAGRAM SHARIFAH SHAHORA)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang