Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia

sheera iskandar
sheera iskandar
A
A
A

PELAKON Sheera Iskandar berkongsi khabar duka kehilangan bapanya, Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad yang meninggal dunia pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 75 tahun, akibat sakit tua di Pasir Mas, Kelantan.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagramnya.

“Ayahanda Sheera telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga roh Ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada ALLAH SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh serta di masukkan ke dalam syurga Allah SWT. Aamiin Ya Robbal Alamin,” tulis Sheera yang merupakan anak sulung kepada pelakon Aznah Hamid.

Perkhabaran duka itu turut mendapat perhatian pengikut dan rakan-rakan selebriti yang tampil memberikan ucapan takziah dan menitipkan doa agar Sheera dan keluarga tabah berdepan kehilangan itu.

Pada Februari lalu, pelakon Gerak Khas itu berkogsi keadaan kesihatan bapanya yang tidak begitu baik sehingga di masukkan ke hospital.

 

(FOTO: INSTAGRAM SHEERA ISKANDAR)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca