Baru 4 tahun, anak Betty Rahmat curi perhatian pandai baca al-Quran, taranum

ANAK merupakan anugerah ALLAH dan sebagai ibu bapa kita perlulah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan betul dan baik.

Antara tanggungjawab perlu dipastikan ialah mendidik anak tentang agama Islam seperti mengajar solat dan mengaji.

Sudah tentu ibu bapalah orang paling gembira dan sejuk hati apabila anak-anak sudah pandai mengaji di usia kecil.

Baca juga Sebutan kes cerai 7 Mac depan, Puteri Sarah mahu mulakan hidup baharu

Mana tidaknya, anak soleh itu kan jaminan Syurga buat ibu bapa.

Seperti anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira yang mencuri perhatian ramai apabila sudah pandai membaca al-Quran walaupun baru berusia empat tahun.

Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.

Menerusi hantaran tersebut, Wira yang memakai kopiah itu sedang membaca beberapa surah iaitu Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq dengan cukup petah.

Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan untuk Wira membaca al-Quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-Quran.

“Masya-ALLAH Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke Syurga.

“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum.

“Masya-ALLAH semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi ALLAH SWT,” tulisnya.

Baca juga Selamat bersalin, Mia Ahmad timang anak ketiga

Kredit foto: Instagram bettyrahmad

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis memuji kepintaran Wira yang bijak membaca surah al-Quran tersebut dan turut mendoakannya menjadi anak yang soleh.

“Masya-ALLAH Tabarakallah semoga menjadi anak soleh Insya-Allah.

“Subhanallah. Wira ada suara yang lunak, boleh jadi imam nanti, InshaAllah. Tahniah buat ibu bapa Wira, Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat.”

“Pandainya Wira! Suka sangat dengan dia ni, bijak ya amat! Anak soleh mummy dan daddy.”

Baca juga ‘Papa lagi laju dari wartawan’, Mustapha Kamal kongsi gambar Zainal Abidin dan Fyna Jebat raih perhatian netizen

“Masya-Allah Tabarakallah semoga menjadi anak soleh Insya-ALLAH.”

“Siap bertaranum lagi tu, Masya-ALLAH. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.