PENYANYI Elyana terus berjuang setelah diuji kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.

Dua minggu lalu, Elyana dikejarkan ke hospital dan kini penyanyi lagi ‘Kalis Rindu’ itu sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Berkongsikan keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi minggu lalu, Elyana berkata dia mengalami rabun yang semakin teruk.

Baca juga: Kongsi Keadaan Terkini Kesihatan, Elyana Mohon Doa Peminat

“Selepas menjalani kemoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala.

Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberitahu penglihatannya semakin kabur.

“Penglihatan semakin hari makin kabur. Baru tahu seksanya rabun.

Iklan

“Masa kecil, nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata. Sanggup tengok TV dekat-dekat,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Dalam pada itu, dia yang bakal menjalani sesi kedua rawatan kemoterapi pada Jumaat ini, dicadangkan doktor menggunakan satu ubat khas.

Elyana berkata harga ubat tersebut agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan. Ujarnya, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan.

Dia difahamkan masih berbincang dengan pihak pengeluar ubat berkenaan mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.

Iklan

Baca juga: Faralyna Kini Selesa Fokus Keluarga Dan Rumah Tangga

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya kepada portal berita tempatan.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakitnya ketika siaran langsung Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Dia mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10 dan memiliki anak angkat, Cinta Ramadhani, dua tahun.

Baca juga: Hadap Isteri Alahan Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri, Sam Angkut TV Pindah Hotel

Semoga Elyana terus kuat menjalani rawatan dan segera sembuh, sama-samalah kita doakan.

Sumber: @elyanaofficial1