Baru tiga hari tayangan, Sitik Tok tambat 3 juta penonton
DRAMA SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod 3 yang disiarkan pada 27 Julai pada jam 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen).
Naskhah arahan Joon Goh itu menampilkan barisan pelakon seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon, Zamaera dan ramai lagi.
SiTik Tok memaparkan gelagat Siti (Scha Elinnea) yang nekad untuk menjadi influencer dan berpindah ke Kuala Lumpur. Minatnya yang mendalam terhadap Tik Tok membuatkannya nekad untuk lakukan apa sahaja untuk mencari pengalaman.
Chuchox, seorang artis rock kapak tertarik dengan populariti Siti dan menawar untuk bekerjasama dengannya. Siti cuba bantu menaikkan menambahkan pengikut instagram Chuchox dan minta bantuan Shon untuk mengambil gambar-gambar menarik.
Shon tidak mengenakan bayaran tetapi mengenakan syarat iaitu Siti perlu keluar temujanji dengannya. Adakah Shon telah menaruh hati pada Siti? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?
Jangan lupa menyaksikan SiTik Tok pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 dan perkhidmatan penstriman WeTV selepas satu jam tayangan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang