Batal konsert pada saat akhir, Adele terkilan dan malu

ADELE
ADELE
A
A
A

PENYANYI terkenal Adele kecewa apabila terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan berlangsung di Vegas Residency  pada 21 Januari (esok waktu Amerika Syarikat) pada saat-saat akhir.

Adele, 33, yang memaklumkan pembatalan tersebut menerusi satu video di laman Instagram miliknya hari ini tidak dapat menahan air mata kerana persembahan tersebut tidak dapat diteruskan berikutan separuh daripada kru dan pasukannya dijangkiti Covid-19.

“Saya betul-betul mohon maaf. Pihak kami sudah mencuba segala yang termampu untuk mengadakan persembahan seperti yang dirancang, namun ia tidak dapat diteruskan.

“Separuh daripada kru dan pasukan saya diajangkiti Covid-19 dan mereka belum sembuh. Adalah mustahil untuk mengadakan persembahan itu esok,” ujar Adele dalam nada kecewa.

Penyanyi Easy on Me itu juga mengakui berasa sangat terkilan dan malu kepada para peminat yang sudah bersedia untuk hadir ke persembahan tersebut.

“Saya sangat kesal dan malu kepada mereka yang sudah bersiap untuk menonton persembahan itu. Saya benar-benar minta maaf.

“Pihak kami akan menjadualkan semula semua tarikh persembahan. Saya akan cuba selesaikan persembahan dan akan buat apa yang sepatutnya,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca