Battle Of The Bands bawa mesej perangi rasuah

A
A
A

PROGRAM Battle Of The Bands (BOTB), 'Tak Nak Rasuah 2021', anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kumpulan Media Karangkraf dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membawa mesej penting berkenaan integriti.

Mengangkat tema Tak Nak Rasuah, setiap peserta diwajibkan untuk membawakan ciptaan lagu baharu yang menampilkan elemen anti rasuah dan integriti, selain sebuah lagu komersial pilihan sendiri.

Acara yang julung-julung kali diadakan itu bukan sahaja memartabatkan seni budaya, malahan menjadi medium berkesan mendidik masyarakat memerangi gejala rasuah.

Penyertaan BOTB kini dibuka bermula 15 Jun lalu sehingga 15 Ogos, diikuti pemilihan 10 kumpulan terbaik yang bakal beraksi secara langsung pada malam kemuncak yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Sivik, MBPJ pada 4 September depan.

Juara BOTB ‘Tak Nak Rasuah’ bakal menerima wang tunai sebanyak RM10,000, diikuti Naib Johan sebanyak RM7,000 dan tempat ketiga menerima RM5,000.

Bagi mereka yang berminat menyertai BOTB, boleh melayari laman web www.jkkn.gov.my atau laman sosial Facebook Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca