Bunga Citra Lestari kini isteri Tiko Aryawardhana. Hanya 100 tetamu, lokasi pernikahan di Bali dikawal ketat

A
A
A

PENYANYI Bunga Citra Lestari  sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana, 43.

Bunga yang juga dikenali sebagai BCL selamat dinikahkan dalam majlis yang berlangsung di Amankila Resort, Bali.

Dalam majlis berlatarkan keindahan laut, BCL memakai persalinan kebaya labuh penuh manik.

Majlis yang telah berlangsung pada sebelah petang itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang menerima jemputan sahaja.

Lapor media tempatan, resort mewah di Bali yang disewa khas untuk majlis pernikahan pasangan itu dikawal ketat.

Tidak hanya itu, cubaan untuk memasuki hotel dinamakan Amankilla Resort gagal apabila dihalang pengawal keselamatan premis itu.

Semalam, penyanyi berusia 40 tahun itu telah memadamkan nama Sinclair pada akaun Instagramnya.

Beliau yang terdahulu menggunakan username bclsinclair kini menggantikan dengan username baharu iaitu itsmebcl.

BCL terdahulu berkahwin dengan pelakon berasal dari Malaysia, Ashraf Sinclair pada tahun 2008.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat kegagalan jantung.

Perkahwinan selama lebih 15 tahun dikurniakan seorang cahaya mata tunggal lelaki, Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.

Tiko pula  berkahwin sebelum bercerai pada Oktober 2021 dan memiliki tiga cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca